16.10.11

Untuk Pengetahuan

Pemilik blog ini belum mati.mungkin kerana beberapa sebab terpaksa dia tidak membuat sebarang post di sini.tidak mengapa.akan kembali tidak lama lagi.ok terima kasih

11.1.11

11012011

blog update: sedang berada di dalam keadaan busy dan tidak ada masa untuk update perkara-perkara yang menarik.bye

30.8.10

Legaa

hari ini lega!sangat sangat lega.lega dari memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang datang tanpa diduga.bila memikirkan masalah kerja.secara jujur,saya sudah penat.penat untuk mengeluarkan tenaga.penat untuk berinteraksi dengan orang-orang yang tidak faham dengan keaadaan sebenar.secara menyeluruh saya juga penat untuk melaksanakan segala-galanya.

disebabkan kerja,saya juga ketinggalan untuk menikmati dunia luar.hilang rasa nikmat untuk tidur secukupnya.rasanya saya rindu akan masa sosial saya seperti sebelum ini.kadang-kadang rasa cemburu bila melihat orang lain ada masa sosial mereka.tapi tak apa,hanya seketika sahaja saya perlu harungi beban ini.esok lusa masih ada.

ogos hampir ke penghujungnya.ramadhan pun sudah tiba dipertengahan.terlalu cepat.perasaan seperti baru sahaja semalam memulakan ibadah puasa.tapi bukan bermaksud baru satu hari saya berpuasa.

syukur alhamdulillah.mungkin september ini saya akan lalui dengan tenang.lebih cool.juga merupakan september yang bermakna buat saya berbanding september september yang lepas.masih belum terlambat untuk memperbaiki diri serta meninggalkan perkara-perkara buruk.insyallah


selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53

24.8.10

Pengajaran

apa yang diharapkan tidak muncul muncul lagi hingga kini.itu namanya harapan!

5.7.10

Budak ini memang pantang nampak camera