19.9.09

Selamat Hari Raya lah!


Ampun dan maaf andainya aku ini..

Terkasar bahasa dalam bicara,
Tersilap bicara semasa bersama,
Termarah yang tak kena tempatnya,
Tertanya tak tentu hala..

Tersasul yang tak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Termaki terpekik kuat di telinga,
Terhantuk terketuk di kepala,

Terpinjam terambil harta & benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpat bila ada cerita,
Teremail tersms benda yang tak sepatutnya kau terima,

Termacam-macam yang kena-mengena..

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan kepada semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada,
Kerana aku masih bernama manusia,
Pastinya tak lepas membuat sebarang dosa,

Semoga dimaafkan!

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada semua!


p/s: to ain thx for the kad raya jmput lah ke ruma haha! kau sahabat yg terbaik :))

0 amaran keras: