3.5.10

disebalik senyuman

ini lah dinamakan propaganda dunia. tidak pernah sudah dihimpit segala masalah. mungkin perasaan iri hati dengan kelebihan atau kedudukan terhadap orang orang disekeliling menjadi salah satu punca ujudnya kompromi dan persaingan yang tidak sihat di dalam sesuatu kelompok. berpuak-puak, mengata di belakang, berlakon ala-ala berkomitmen tinggi adalah bukan sifat keperibadian diri saya. beginikah melayu? tidak cukup ke apa yg telah di kurniakan sehingga hari ini? adakah peribahasa yang sesuai untuk digelarkan kepada golongan seperti mereka? adakah bangsa cina dan india mempunyai sikap yang sama diantara bangsa mereka? perlu ke ada sikap sebegini pd semua orang? atau lebih sinonim kenapa perlu menonjolkan diri sendiri seperti “dewa” yang boleh menakluki seluruh alam semesta? perlu ke mengagung-agungkan diri sendiri? mahu menghukum terhadap mereka yang saya anggap kesalahannya tidak lah sebesar mana. melaksanakan tindakan tatatertib pun sudah memadai. tidak perlu mengaibkan mereka yang dianggap bersalah di hadapan rakan rakan yg lain. tanpa ada perasaan sesama melayu, jauh sekali sesama manusia. kenapa mesti memalukan bangsa sendiri di hadapan bangsa bangsa lain? di mana letaknya maruah orang yang mengaibkan itu? bagaimana pula air muka mereka yang telah diaibkan? setinggi mana pula moral mereka yang telah diaibkan. moral mereka mesti jatuh bukan? persoalan ini sering berlegaran di fikiran saya sehingga hari ini. saya juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukannya yang mana betul dan yang mana tidak betul. saya orang baru, biarlah hal mereka. saya pun tidak gemar untuk menggembar-gembur dan memporakperandakan keadaan apatah lagi mahu campur tangan bagi menyebelahi mana-mana pihak. bukan bertujuan untuk menunding jari terhadap sesiapa! kalau begini keadaannya, idologi dan mentaliti saya yang berusia setahun jagung untuk mencari pengalaman menerokai alam ict juga tidak akan berkembang dan terbantut jika terus berada di takuk ini. ini jalan terbaik dan mungkin juga keputusan saya yang sedang menghitung hari untuk menukar angin meninggalkan takuk ini akan menggembirakan atau mendukacitakan mereka yg telah berkhidmat di bawah satu bumbung yg sama. tiada paksaan, berprasangka buruk atau niat menghina mana-mana pihak. saya juga orang, seperti yang lain-lain. kadang-kadang terasa juga peha kiri apabila peha kanan di cubit walaupun sekali, walhal masalahnya bukan berpunca dari diri saya. Takapelah, mungkin keadaan ini juga akan membuka peluang untuk mereka yang lebih profesional mengambil alih ditempat saya T__T

0 amaran keras: