14.6.10

Ahad

agak lesu. mata seperti ada gam! mungkin tidak cukup tidur..

jiwa terus memberontak untuk keluar bertemu kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa (lebih kurang 2,3hari) saya mengalah. mengenangkan kawan kawan punya pasal, tak apa. perasaan penat, lesu, longlai itu semua tolak tepi. kalau tak pasal mereka pasti saya akan terperap dirumah seperti katak di bawah tempurung. tak tahu perkembangan dari semasa ke semasa. tak kenal dunia luar. yang penting masing-masing gembira.

penat jari jemari kaki pun maseh belum hilang kerana telah bekerja keras mengikut kehendak naluri dan perasaan ingin menghabiskan masa pada sabtu lalu di kuala lumpur bersama beberapa kawan baru dan gadis berkaca mata itu adalah perancang utama untuk menikmati syurga di ibu kota. pusat beli belah di lingkaran syed putra lah yang menjadi pilihan. dari hujung ke hujung habis di terokai! macam dah jadi suatu hobi. kalau ke kuala lumpur selagi duit poket tak habis memang tak sah, selagi duit ada memang tak pulang lah agaknya. nasib lah duit saya tak berapa banyak, jadi saya melopong je lah. melopong dan terus melopong..sambil tersenyum(pernah tengok melopong sambil tersenyum?)

padahal baru sahaja minggu sebelum ini saya telah ke sana untuk menghadiri upacara majlis perkahwinan. kerja gilaa

ok, isnin hampir menjelma. semestinya masalah baru akan timbul pada hari esok. tak apa, saya sedang berusaha untuk bersedia mengharungi segala masalah yang bakal menjelma. lebih berfikiran positif selepas ini. ohh ya, lagu ini juga boleh menjadi penenang jiwa saya..





mahu tidur secukupnya di hadapan televisyen. selamat malam pendengar setia, bye.

2 amaran keras:

Anonymous said...

ke kl xrojer dude !!

mashimarul. said...

siapa incik?